Isnin, 14 Februari 2011

JAM ALLAH vs JAM DAJJAL...part 1

"Saya teringat ketika saya masih kecil dahulu, ketika "orang-orang dewasa" masih memanggil saya dengan gelaran "budak" (gambar ni bukan gambar saya ye), seringkali apabila dikejutkan dari tidur, saya melihat jam di dinding.

Alah, baru pukul 6.00, awal lagi".

"Along kena la bangun, nak solat subuh".

"Alaah, ngantuk la".

"Nanti lepas solat subuh boleh la tidur balik".

"Ye lah.....".

"Cepat sikit, dah pukul 6.15 ni, nanti waktu subuh habis pulak".

Demikianlah kisah benar antara saya dengan emak yang saya baru reka tadi. Demikianlah dialog-dialog yang perlu dihafal dan diulang-ulang setiap kali masuk waktu subuh.

Nasib baiklah saya dah besar. Tak payah susah nak hafal skrip tu lagi.

Sebenarnya, ada satu perkara yang rumit sedang berlaku. Saya berfikir. Ada orang kata, kita kena kejar waktu, jika tidak, waktu akan pergi meninggalkan kita. Ketika itu kalau tidak silap pukul 5.45 pagi, sipi-sipi lagi nak masuk waktu subuh. Ketika itu saya masih di bangku universiti.

"Apa itu waktu?". Saya melihat jam saya pula. 5.46 am. Saya dah membazir seminit. Eh silap, tak membazir sebab saya tengah berfikir. "Kenapa saya mesti bangun pukul 5.45 am setiap hari?".

Lama jugak saya termenung, eh silap, bukan termenung, tapi berfikir. Jam menunjukkan 5.47 am. Seminit lagi dah bergerak. Saya ada jadual. Dalam jadual kata saya mesti bangun 5.30 am. Ni dah lajak ni. Jam pun di kunci pada 5.30 am. Lalu saya rasa macam orang bodoh sebab saya selama ini hanya hidup mengikul jadual tanpa diketahui pun apa sebabnya. Fikir punya fikir, tiba-tiba saya terpandang di luar tingkap, melihat langit.


Ada cahaya. Bukan wahyu ye, tapi cahaya matahari. Emm tak nampak matahari pun, cuma langit dah agak cerah-cerah. Akhirnya saya terfikir jugak sesuatu. Akhirnya saya dapat jugak apa yang saya cari selama ni sejak kecil lagi. Alhamdulillah, misteri terbongkar. Dan saya sedar, perbuatan saya melihat jam setiap kali bangun dari tidur adalah satu tindakan yang SALAH.

Hah, habis tu bangun-bangun tak boleh tengok jam ke?

Nak tahu apa jawapannya? Teruskan membaca.

Pertama sekali, sebelum membongkar misteri alam ini, cuba anda perhatikan dahulu jadual hidup anda.

7.00 am : Mandi, bersiap-siap untuk kerja/belajar dan sarapan
8.00 am : Masuk kerja/kelas
1.00 pm : Rehat dan makan tengah hari
2.15 pm : Sambung kerja/kelas
5.00 pm : Balik
6.00 pm : Mandi, rehat-rehat
8.00 pm : Makan
11.59 pm : Berdengkur depan tv


Ya, secara kasarnya, macam ni la jadual hidup kita lebih kurang. Kadang-kadang, walaupun kita sudah mengantuk, tetapi sebab kita lihat jam masih menunjukkan pukul 9.00 malam, kita tidak mahu tidur lagi kerana rasa macam awal lagi. Kalau kita berasa lapar pun, tetapi baru pukul 11.00 pagi, kita biarkan perut kita terus menyanyi dengan suara sumbangnya itu. Dan lain-lain hal, kita banyak mengaitkan kehidupan seharian kita dengan jam dan jadual kita.


(Alamak, terasa macam nak buang air la. Eh, belum pukul 6 lagi. Tahan dulu la)

Cuba anda fikir, kenapa kita mesti bangun pukul 6 atau 7 pagi? Kenapa pukul 7 petang pula kita mesti mandi, bersiap-siap dan lain-lain?

Ada orang cakap kat saya ,"awak mesti susun jadual hidup awak. Tetapkan, pada waktu sekian-sekian, apa yang awak nak buat".

Kalau berfikir pakai otak, memang ada logiknya apa yang dia cakap.

Tetapi cuba anda fikir guna hati. Adakah kita perlu gantungkan hidup kita pada jam? Sedangkan jam itu sendiri tak tahu kenapa dia mesti berpusing 24 jam, kenapa kita mesti ikut je jarum tu?

Jam. Apa itu jam? Jam adalah alat yang digunakan untuk mengukur waktu.

Kenapa kita perlu mengukur waktu?

Supaya kita dapat menguruskan segala pekerjaan kita seharian. Sekarang, cuba anda bayangkan, kalau dunia ni takde jam seperti yang kita guna sekarang, boleh tak kita uruskan kehidupan kita?

Fikir..Fikir la, jangan tahu skrol ke bawah je...

Jawapannya, kita boleh hidup di dunia tanpa jam seperti yang kita dengan guna ni.

Bagaimana?

Iaitu, dengan menggunakan alat pengukur waktu yang paling hebat di dunia dan paling besar di yang boleh dilihat dan dirasai oleh semua orang di dunia ini.

Apa dia?
Matahari.
Apa?
Biar betul? Nak guna jam matahari balik ke?

Well, I afraid to say so but the answer is "YES".
Biar betul?
Betul la. Takkan nak tipu kot.

Kenapa jam matahari? Sebenarnya bukanlah jam matahari pun, tapi sebenarnya pengukur waktu kita yang paling tepat ialah matahari itu sendiri.

Kenapa?
Kerana hidupan semua bergantung pada matahari.

Kenapa kita bangun tidur?
Kerana hari sudah pagi.

Kenapa kita tidur?
Kerana hari sudah malam.

Kenapa kita berhenti bekerja?
Kerana hari sudah hampir gelap.

Mungkin ada orang akan kata jam matahari ini banyak kelemahan, contohnya kalau hujan dan lain-lain.

Itu hanya alasan. Kelemahan-kelemahan tersebut boleh diatasi kecanggihan zaman sekarang. Malah orang-orang zaman purba juga boleh mengatasi kelemahan jam matahari dengan menggunakan jam air yang masih menyamai fungsi jam matahari.

Ingin mengetahui kehebatan sistem waktu yang berasaskan matahari?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan