Rabu, 5 Januari 2011

WANITA & MASJID

Secara umumnya, adalah lebih utama bagi seorang wanita solat dirumahnya. Ini berdasarkan hadis riwayat Ummu Salamah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;

"Sebaik2 masjid bagi perempuan adalah kawasan dalam rumah2 mereka".
(Riwayat Ahmad, Nayl al-Authar)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda yang bermaksud;

"Seseorang wanita itu bersolat ditempat tidurnya lebih baik dari bersolat didalam biliknya. Dia bersolat didalam biliknya lebih baik dari bersolat didalam rumahnya. Dia bersolat didalam rumahnya lebih baik dari bersolat dimasjid".
(Riwayat Baihaqi dan disahihkn oleh al-Albani)

Namun TIDAK ADA LARANGAN untuk kaum wanita pergi ke masjid apatah lagi untuk mngikuti pengajian ilmu, mendengar ceramah dan sebagainya berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

"Apabila isteri2 kamu memohon izin untuk ke masjid pada waktu malam, hendaklah kamu izinkn".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maksud sabda baginda s.a.w. lagi:

"Janganlah kamu menghalangi hamba Allah yang perempuan daripada pergi ke masjid Allah, & hendaklah mereka keluar dengan tidak memakai bau-bauan".
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Menurut Dr. Soleh Fauzan, seorang ulama Saudi semasa ditanya mengenai hukum wanita ke masjid telah mendatangakn beberapa dalil anyg mengHARUSknnya.

Antaranya ialah sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
"Sebaik2 saf bagi kaum lelaki ialah dihadapan & seburuk-buruknya ialah dibelakang. Manakala sebaik2 saf kaum wanita ialah dibelakang & seburuk2nya ialah dihadapan.
(Riwayat Muslim, Abu Daud dn Tirmizi)

Hadis ini menunjukkan Nabi s.a.w. kepada kaum muslimin ketika mengatur saf didalam solat berjemaah. Sekiranya wanita dilarang untuk ke masjid, apakah gunanya Nabi s.a.w. memberikan petunjuk mengenai saf wanita tersebut?

Sekiranya, wanita ke masjid dibimbangi berlaku fitnah, kenapakah dalam masa yg sama wanita dibenarkan untuk ke pejabat, pasaraya, pasar malam, taman2, hospital, pusat pengajian & sebagainya. Apakah tempat2 tersebut tidak ada fitnah sebagaimana kononnya berlaku di masjid?

Dan berikut adalah hukum dan batas2 yang wajib dipelihara sekiranya seseorang wanita itu ingin ke masjid/surau :-

~ Hukum harus bagi yang tua.
~ Hukum makhruh bagi yang muda.

~ Mengikut pndapat ulamak yg mutakhir (terkini) makhruh jemaah wanita dimasjid, termasuk; solat jumaat, sunat Hari Raya dan ceramah mlm hari dimasjid.

~ Ulama Shafie & Hambali pula berkata;
"Wanita yang cantik (ada rupa) makhruh hadir pada majlis yang ada (jemaah) ramai lelaki".

~ Tidak memakai bau-bauan & mendapat izin suami.
~ Dibimbangi timbul fitnah (maka; peliharalah aurat).

Perjalanan untuk menuntut ilmu atau bersolat jemaah adalah suatu perkara yang amat baik disisi Allah, namun masih ramai muslimat yang tidak menjaga batas aurat seperti yang dituntut oleh syarak.. perkara ini boleh mendatangkan fitnah buat mereka.

Kesimpulannya, wanita seharusnya dibenarkan ke masjid sekiranya mereka berkeinginan dengan syarat mereka menjaga batasan syarak dan dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT.

Notes : Sekiranya terdapat kesilapan sila betulkan/berikan tunjuk ajar, kerana tiap kelalaian dan kesilapan itu dari saya dan yang baik itu semuanya milik Allah.

Sama2lah kita renungkan dan saling berkongsi ilmu untuk kebaikan. - wallahu'alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan