Rabu, 5 Januari 2011

Sempat ke lagi jumpa JUMAAT minggu nie..?

Sebak dada bila membaca....Semoga kita insaf dan menjadi pelajaran. InsyaAllah. Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat diatas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa akudi tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta plat TOL 1-800-88, lalu bertembung dengan lori angkut BABI. Sebelum tu lagi... aku sempat meneguk air KENCING SYAITAN 4 botol dan bercanda dengan GRO di sebuah kelab malam. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur.Tidak dapat kupastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada kuteramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.

Derita sungguh.nafasku sesak.Tiba-tiba tanganku di pegang kuat."Mengucap sayang,,mengucap. .......Asyhadual lailahaillallah. ...
ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkannasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernahmerotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"
Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai.
"Tenat",jawab doktor dengan ringkas.
"Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abangmenjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah... ..

Tapi mataku...... .semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidakmahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini."Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah." Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan, abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku. "Tekanan darahnya amat rendah".

sayup sayup kedengaran suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampumenangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi, ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.
"Yassin..... .".

bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itusuara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???
Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagisakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikatmaut datang.

Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi..Akutidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".
Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan "Panas,dahaga, haus,panas. .......". tapi tiada siapa pun yangpeduli.Nenekku datang,"Nenek. ......... .". "Kau dahaga cu,kau laparcu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".
"Ibu.......".

Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya." Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan Islam, matilah dalam agama yahudi......" .

Ayah.......kau datang ayah......." .
"Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agamayang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu. ....ayah. .....suara kaukah tadi??Kenapa kau berubahlaku?? 

Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

"Mengucap sayang,mengucap. Asyhaduallailaha illallah......".
Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudahmenjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusiaberjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya" Mari ikutkami".cahaya putih datang.datang hitam. 

Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......! !!!!!". Kedinginanmenjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kiniseluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut dihujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak.Roh ku 

berselerak di dalam tubuhku.Lalu, innalillahiwainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup matamemandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampahyang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampahni?Ah,busuknya, hanyirnya, hancingnya. .....".

"Assalamualaikum. ....."."Siapa yang memberi salam itu?"."Aku"."Kau siapa wahai pemuda???".Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidakpernah melihat orang yang sehodoh,sekotor, dan sebusuknya di duniaini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya danmulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik, loya,aku rasa........ teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?"."Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodohdan sejijik ini"."Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari"."Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wadini mendengarnya."Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari
sini"."Akulah amalanmu yang keji........ ..".

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telahpernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kitalakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramathodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku 
banyak dosa. Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak. 

BEtapa ramai pompuan telah kurosakkan kehormatannya. Hukum agama apa yg aku tak hina..?? puasa... ??? HUDUD....?? aku sanjung RIBA.... aku pandang hina orang bawahan di pejabat. Aku maki hamnun dan meluat dengan alim ulama'. Aku tertipu dengan pangkat sebagai pengarah @ CEO syarikat. Aku ingat lagi kata-kataku "syarikat besar kita nie syarikat berAGAMA... bukannya syarikat cetak buku-buku AGAMA...!!!'.. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.No turning back... kata teman speaking. Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah Yassin yang abang pegang di letakkan di atas 
dahiku.Aku melihat kaklong dankak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku disirami air.Air apa ini?????

"Tolong....sejuk! !!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangantekan perutku dengan kuat,sakit!! !!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu.....malu. ....malu. .....!!!! !!".Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan. Laludiletakkannya aku di 
atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celahbadanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas. .......". Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.

Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang beradadi saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan? Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.

"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" .Dan kinibaru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan 
kemudian di letakkan didalam keranda kayu.

Kotak apa ini?" tak kanlah kotak ikan. Tak mungkin. Aku di usung oleh enam orang termasuk ayahdan abang.Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah! "Kedengaran suaratok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori dibelakang.tapi kemana dia bawanya aku?".. Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan di hujung selatan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!" . 

Setibanya di tanah perkuburan,kelihata n satu liang yangbesaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan kedalam liang itu. "Perlahan-lahan" ,aku terdengar suara tok imam memberitahu. "Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanahmenutupiku.

"Tanah apa ini?"."Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah"."Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.... ...Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqimitu benar,syurga dan neraka itu jua benar....... .".Sayup sayap aku terdengar tok 
imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makinhilang.

Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhkuterasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang dilemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.

"Nanti!Nanti! Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Akutakut!!!Gelap! !!Panas!! !Tolong !!!!

"SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITUADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANGSERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan