Selasa, 28 Disember 2010

Kisah Tauladan Seorang Bekas Polis FRU! KISAH BENAR INI DIPETIK DARI muslimeen-united.blogspot

Petang semalam..selepas balik dari Ipoh…aku singgah kat Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar untuk sembahyang Maghrib. Masa aku masuk masjid… Imam dah sujud rakaat pertama. tapi ada sorang 
tu…nak kata tua, tak berapa tua sangat. Lebih kurang aku jugak. Tinggal lagi…janggut aku dah putih…misai dia masih hitam.

Dia dok berjalan dari hujung masjid..sampai hujung sini. Biaq pi la kat
dia. Aku masuk saf bila imam bangkit rakaat kedua. Tapi orang tua tu tak sembahyang juga. Bila imam bagi salam rakaat ketiga, aku bangkit sambung rakaat ketiga, sebab aku miss rakaat pertama. Masa tu…tiba-tiba orang tua tu mai duduk sebelah aku. Tak betui kot!!

Bila imam baca doa..dia angkat tangan punya tinggi. Khusyuk dan 
tawadduq! Aku tengok dia menangis..meleleh air mata. Macam Tok Guru Nik Aziz! Selesai imam baca doa..taqabbalallahu minkum…dia terus bangkit pi salam dengan imam. Dia cium tangan imam tu…imam tu pun senyum. Dia salam dengan semua orang sambil menangis…tapi orang lain semua senyum!!

Dia mai salam dengan aku…masa tu baru aku tau apa yang dia cakap….”saya minta maaf banyak-banyak.” Apa salah dia? Aku terus keluar masjid…takut selipar hilang. Baru nak sarung selipar…aku dengar orang menjerit..”hoi..tak payah salam dengan muslimat….depa dah maafkan dah!” Rupa-rupanya dia nak salam dengan muslimat kat belakang.

Aku tanya kat sorang jemaah yang keluar masjid tu..”sapa tu?”
“Polis pencen…tak betui dah!!” jawab sahabat tadi. Aku tak jadi masuk kereta…aku perati orang tua tu dari jauh. Nak kata gila…aku tengok pakaian dia masih kemas. Kain pelikat dia masih bersih. Baju melayu dia siap dengan butang. Kopiah putih dia tak ada taik lalat. Interesting!

Dia duduk kat atas tangga masjid. menangis tersedu-sedu. Lepas sorang-sorang jemaah keluar masjid..ada yang duduk dalam masjid tunggu isyak. Mana yang keluar dok tepuk belakang orang tua tu…”sabor Yop!”..kata depa.

Bila dah tak ada orang…aku pi kat orang tua. Bagi salam. Dia jawab 
salam aku. “Waalaikum salam. huk..huk..huk.” Tak gila pun! “Ada apa-apa yang boleh saya tolong abang?” aku tanya dia. Dia bangkit dan terus peluk aku. Seriau! “Abang mintak maaf banyak-banyak adik.. abang dah banyak buat dosa kat semua orang.” Tiba-tiba dia berhenti menangis.

“Pasai apa abang tak sembahyang tadi…tapi doa punya baguih!” aku tanya. “Abang ni polis dik…memang kami tak boleh sembahyang…kena jaga orang sembahyang!” Senafas saja dia menjawab dengan fasih!
“Pasai apa tak tengok saja orang lain berdoa?” aku tanya. “Yang tu kena buat!! yang tak angkat tangan orang bukan islam saja.” dia jawab. Aku tak tau la dia ni mazhab mana.

“Yang dok pi mintak maaf kat semua orang pasai apa?” “Sebab dulu…lepas baca doa abang pukui orang. Yang tangkap Badrul Amin 
baca doa tu abang la. Mana yang melawan kami terajang. Mana yang
bangkit kami pukui. Tak kira la lelaki ka…perempuan ka..kami balun 
semacam saja.”

Macam mana jemaah lain kata dia ni tak betui? apa yang dia cakap semua betui! “Abang ni masih kerja polis ka?” “Tak….medikal bod. Dah dua tahun” dia kata. Aku tak pernah kerja gomen…aku tak tau apa dia. Tapi aku buat-buat tau la. “Abang nak pi mana lepaih ni?” aku tanya.

“Nak ambik anak…dah lama dia tak balik.” dia kata. “Nak ambik kat mana?” aku tanya. Dia diam… “Dah berapa lama tak jumpa anak?” aku tanya. “Kamu layan orang macam tu…kamu pun jadi macam dia!” Haji Rahman, Che’ gu kat Idrissiah cakap kat aku masa dia keluar dari masjid.

Aku tinggalkan orang tua tu. Ikut Haji Rahman…dia ngajak aku minum di Rahmaniah…dekat masjid tu. “Dulu dia tu FRU…orang sembahyang…dia tak sembahyang. Orang baca doa..dia tadah tangan. Habih orang sembahyang…dia pukui orang sembahyang” Haji Rahman bercerita.

“Nak dijadikan cerita…anak dia pun kena pukui. Anak dia belajor kat 
universiti…ikut orang sembahyang kat Kampung Baru. Bila anak dia kena pukui…anak dia mula fobia tengok FRU. Bila tengok bapak dia..dia mula takut. Last-last tak pernah balik kerumah.Sampai sekarang. Tu pasai dia merayau dari satu masjid kesatu masjid cari anak dia.” kata Hj. Rahman.

“Ooooo!!!” Habih tu..yang dia pi minta maap kat semua orang pasai apa?” ” Dulu dia jaga orang demo…main belasah saja. Sekali tu orang belasah dia balik. masa dia belasah orang..dia tak kenai. Tapi orang kenai dia. Bila dia balik Bendang Kering…orang balas balik. Sebab orang yang dia pukui masa demo tu bebudak kampung dia jugak. Empat hari koma… bila sedor…jadi macam tu la.” Cerita Hj. Rahman.

“Tapi masa baca doa tadi… aku tengok dia sampai menangis. Mesti dia 
paham kot?” aku tanya. “Yang tu dia minta ampun kat Tuhan. Sebab Tuhan bagi dia akal..tapi dia tak pakai. Dulu…bila kita tanya dia pasai apa dia pukul orang…dia kata dia ikut arahan. Betui tak betui…dia tak peduli. Dia ikut arahan…bukan ikut Tuhan.

Tuhan kata.. jangan menzalimi orang lain. Dia kata …dia ikut 
arahan. Dia lebih takut kat ketua zalim dari takut Allah!” 

Isnin, 27 Disember 2010

MARI BELAJAR PERIBAHASA ARAB

قد يجمع المال غير آكله . . ويأكل المال غير من جمعه
Kadang-kadang orang yang mengumpulkan harta tidak akan memakannya dan orang yang memakan harta itu bukan orang yang mengumpulkannya

لا تنظر إلى صغر الخطيئة .. ولكن انظر إلى عظم من عصيت
Janganlah kamu memandang kepada kecilnya sesuatu dosa yang dilakukan tetapi pandanglah kepada kebesaran yang ada pada Dia(Allah) yang engkau lakukan dosa kepada-Nya

إن الذي يصحبك لا ينصحك والذي ينصحك لا يصحبك
Sesungguhnya orang yang selalu bersahabat dengan mu tidak akan menasihatimu dan orang yang selalu menasihatimu tidak akan menjadi sahabat mu

يختبر الذهب بالنار وتختبر المرأة بالذهب
Emas diuji dengan api tetapi perempuan diuji dengan emas

أخر زوجات النبى هى ميمونة بنت الحارث رضى الله عنهما
Isteri Rasulullah s.a.w yang terakhir ialah Saidatina Maimunah binti Haris r.a

Al-Quran mengandungi 114 surah,6236 ayat,79000 perkataan,323670 huruf dan 14 ayat tempat sujud.

الشجرة التى تعيش الف عام شجرة الزيتون
Pokok Zaitun adalah pokok yang hidup sehingga 1000 tahun

اطول عظمة فى جسم الانسان عظمة الفخذ
Tulang paha merupakan tulang yang paling panjang dalam anggota manusia

خير الكلام ما قل ودل
Sebaik-baik percakapan itu ialah ringkas dan padat (bermakna

الرجل لاينسى اول امراة احبها والمراة لاتنسى رجلا خانها
Lelaki tidak dapat melupakan perempuan yang pertama dicintainya sementara perempuan tidak dapat melupakan lelaki pertama yang mengkhianatinya

أغبى امراة تستطيع ان تخدع اذكى رجل
Sebodoh-bodoh perempuan akan dapat memperdaya sepandai-pandai lelaki

لا تصحب من لا يرى لك من الحق مثل ما ترى له
Jangan kamu bersahabat dengan orang yang tidak dapat melihat kebenaranmu sebagaima kamu dapat melihat kebenarannya

لا يفرح الإنسان لمجرد أن حظه سعيد فقد تكون السعادة طريقًا للشقاء
Janganlah seseorang insan itu terlalu gembira dengan sesuatu kebaikan yang didapati kerana kadang-kadang sesuatu kebaikan itu mungkin akan membawa kepada keburukan

عامل الناس كما تحب ان يعاملوك
Buatlah kepada orang lain apa yang kamu hendak orang lain lakukan kepada mu

استقبال الموت خير من استدباره
Berdepan dengan maut itu lebih baik daripada melarikan diri daripadanya

العلم عند الصغر كالنقش على الحجر
Mengajar sesuatu ilmu kepada seseorang sewaktu kecil ibarat mengukir di atas batu

الصلح بعد العداوة أطيب من الحلاوة
Perdamaian selepas sesuatu permusuhan lebih manis daripada madu

اذا اردت ان تحيا بعد موتك ... اكتب شيئاًيستحق ان يقرأ
Jika kamu ingin hidup sesudah mati, maka tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca oleh orang lain

والمهاجر من هجر ما نهى الله عنه
Dan orang yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan apa yang Allah larang

من لا يرحم لا يرحم.
Sesiapa yang tidak mengasihi orang lain maka ia tidak akan dikasihi

ليس العمى طول السؤال وانما تمام العمى طول السكوت على الجهل
Tidaklah bodoh orang yang panjang soalannya tetapi orang bodoh itu ialah orang panjang diamnya drp kejahilan.(tidak bertanya

لكل مقام مقال
Cakap biar bertempat

قلب الجاهل وراء لسانه و لسان العاقل وراء قلبها
Hati seorang jahil di sebalik lidahnya(kata-katanya) tetapi lidah seorang yang berilmu di sebalik hatinya

غاب القط العب يا فار
Apabila tiada kucing, maka tikus pun menari

شباب دون أخلاق كالشجر دون أوراق.
Pemuda tanpa akhlak bagaikan pokok tanpa daun

في العجلة الندامة و في التاني السلامة
Gopoh - gapah itu akan membawa kpd penyesalan dan tertib - terning itu membawa keselamatan

المرء حيث يضع نفسه
Seseorang itu tergantung kepada di mana ia letakkan dirinya

من استوى يوماه فهو مغبون
Barang siapa yang hari-harinya sama sahaja iaitu tiada perubahan atau penghijrahan maka dia adalah tergolong daripada orang yang terpedaya atau tertipu dengan keseronokan dunia

مرارة الدنيا حلاوة الآخرة .. وحلاوة الآخرة مرارة الدنيا
Kepahitan dunia adalah kemanisan akhirat dan kemanisan akhirat adalah kepahitan dunia

صديقك من يصارحك بأخطائك لا من يجملها ليكسب رضاءك
kawan anda ialah mereka yang memberitahu kesalahan anda bukan mereka yang mencantikkan kesalahan anda untuk mencari keredhaan anda

لا تنظر إلى من قال، وانظر إلى ما قال
Jangan pandang kepada orang yang memberi nasihat (dari segi statusnya) tetapi lihatlah apakah yang dinasihatinya. Kata-kata Saidina Ali

شر الناس من لا يبالي أن يراه الناس مسيئا
Sejahat-jahat manusia ialah orang yang tidak mempeduli orang lain melihat kejahatan yang dia lakukan.(Tiada perasaan malu

شرُّ الناس من
باع آخرته بدنياه، وشرُّ منه من
باع آخرته بدنيا غيره
Sejahat-jahat manusia ialah mereka yang menjual akhiratnya kerana dunianya dan yang lebih jahat ialah mereka yang menjual akhiratnya kerana dunia orang lain

الناس أبناء الدنيا , ولا يلام الرجل على حب أمه
Manusia itu anak kepada dunia ,sebab itulah manusia tidak boleh lari daripada mencintai ibunya(dunia

كل اناء يضيق بما فيه الا وعاء العلم فانه يتسع .

Setiap bekas akan menjadi srmakin sempit setelah diisi dgn sesuatu kecuali bekas ilmu ia sentiasa menjadi semakin luas

لا تكرهوا أولادكم على أخلاقكم , لأنهم مخلوقون لزمان غير زمانكم
Jangan kamu benci dengan perangai anak-anak kamu kerana mereka hidup bukan di zaman kamu

كثرة الطعام تميت القلب , كما تميت كثرة الماء الزرع
Makan banyak merupakan punca matinya hati insan sebagaimana pokok akan mati apabila banyaknya air.

اذا خرجت الكلمة من القلب دخلت في القلب ، واذا خرجت من اللسان لم تتجاوز الآذان
Sekiranya sesuatu perkataan itu(nasihat) keluar dari hati(ikhlas) maka ia akan masuk ke hati tetapi sekiranya sesuatu perkataan itu keluar dari mulut sahaja (tidak ikhlas) maka ia akan masuk ke telinga sahaja( tidak memberi faedah

الإخوان ثلاثة ..أخ كالغذاء تحتاج إليه كل وقت ، وأخ كالدواء تحتاج إليه أحياناً ، وأخ كالداء لا تحتاج اليه أبداً.
Sahabat itu ada 3 jenis iaitu: seperti makanan yang kita perlu kepadanya setiap masa, seperti ubat yang kita memerlukannya pada masa tertentu sahaja, seperti penyakit iaitu yang kita tidak perlu langsung kep...adanya. Kata-kata ahli falsafah

من زاد في حبه لنفسه ... زاد كره الناس له
sesiapa yang lebih mencintai dirinya maka manusia akan lebih membencinya

الثروة تأتي كالسلحفاة وتذهب كالغزال
Kekayaan itu datang kepada kita seperti kura-kura(lambat) tetapi pergi meninggalkan kita seperti rusa (laju

إذا كان الكلام من فضة فالسكوت من ذهب
Sekiranya percakapan itu adalah perak, maka berdiam diri itu adalah emas

اربع خصال تميت القلب: كثرة الضحك، كثرة الأكل، كثرة النوم، و كثرة
الكلام
Empat perkara yang boleh mematikan hati : Banyak ketawa,banyak makan,banyak tidur dan banyak cakap

مثل الدنيا كمثل ماء البحر، كلما شرب منه العطشان ازداد عطشاً حتى
يقتله
Dunia ini ibarat air laut setiap kali orang yang dahaga meminumnya tidak akan menghilangkan dahaga tetapi bertambah dahaga sehingga apabila ia diambil dalam jumlah yang banyak ia akan membawa kematia

روى البخاري ومسلم عن أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: " ليس الشديد بالصرعة إنما الشديد الذي يملك نفسه عند الغضب " .
Bukanlah dinamakan kuat dengan bergusti, tetapi orang yang kuat itu ialah yang dapat mengawal dirinya ketika marah

أعرف الناس بالله أرضاهم بما قسم الله له
Orang yang paling mengenali Allah s.w.t ialah orang yang paling redha dengan apa yang telah Allah kurniakan kepadanya yakni qada' dan Qadar-Nya

Antara tabiat wanita yang sukar dibuang ialah suka menceritakan sesuatu rahsia kepada kawannya dan meminta kawannya supaya jangan menceritakan rahsia itu kepada orang lain..

Jumaat, 24 Disember 2010

HARGA SEBUKU ROTI

Abu Burdah bin Musa Al-Asy’ari meriwayatkan, bahwa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: “Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sepotong roti.”

Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan. Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga diapun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri. Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud.

Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud untuk menumpang bermalam di sana, karena sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu. Rupanya di samping kedai tersebut hidup seorang pendita yang ada setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di pondok itu dengan masing-masingnya mendapat sebuku roti. 

Pada waktu yang lain, datang pula orang lain yang membagi-bagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut, begitu juga dengan lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian, karena disangka sebagai orang miskin. Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut, sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu ia berkata: “Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku.” Orang yang membagikan roti itu menjawab: “Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membagikan kepada mereka lebih dari satu buku roti.” Mendengar ungkapan dari orang yang membagikan roti tersebut, maka lelaki yang sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu meninggal dunia. 

Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam. Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam. Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sebuku roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya, ternyata amal sebuku roti tersebut dapat mengalahkan perbuatan dosanya selama tujuh malam itu. Kepada anaknya Abu Musa berkata: “Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sebuku roti itu!"

"Apabila kamu terlanjur melakukan suatu dosa, janganlah kamu jadikan ia sebagai sebab kamu patah hati daripada beristiqamah bersama tuhanmu, kerana kadang kala ia merupakan dosa terakhir yang ditimpakan ke atas kamu." Ibn Athoillah 

selawat~

11 jenis manusia didoa Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman . Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah. 
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, dimana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagai mana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9 . Orang yang membelanjakan harta (infak). 
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah.

Peringatan. Solat itu wajib, jgn biarkan diri dimamah usia dengan kekosongan rohani. Isikanlah dengan zat-zat yang berguna. Sebaik-baik rumah adalah Syurga. Sewanya dibayar dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Seburuk-buruk tempat adalah neraka. Hindarkanlah dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Kubur yang luas kerana solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Kubur yang sempit kerana tidak solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Lakukan sebaik mungkin yang wajib, insyaalah yang sunat pun akan berkat. Amin.

Rabu, 15 Disember 2010

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya...


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT. 

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia. 

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab, 

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran. 

Nah… Apakah itu yang kita mahu? 

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian? 

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu. 

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH. 

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,
“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya” 

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…” 

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita. 

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?
Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula